Thursday, 4 July 2013

hidup dengan ujian

Kisah seorang pelajar dan guru.....

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang
lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


# Insaf ...walau kite miskin pn tpi cba pkir dluar sana mngkin ad lg yg lbih susah daripada kita,jd lah seorang yg bergna???okeeeh..peace no war,,,

Dalam Solat x BOLEH kecek

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat.
mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.
Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.
setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu.
Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya...
Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." ..
lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper "....
sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

By peace:d

Bahan Ketawa

Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk. 
Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.
Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.
Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." 
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.
Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Azlan panggil tok imam. 
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang. Azlan pun angkat takbiratul ihram. 
"Allahu Akbar!" 
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba si Azlan ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Azlan. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pula si Safri jadi imam. Si Safri pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Safri niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Safri ni... dengan bongkaknye si Safri berkata, 
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..." 
Tok imam pun terkedu dan terpana...wakaka

By peace:d